5 Kisah Benar Kejayaan Peserta Jom Detox Jutawan

Assalamualaikum wbt. Hai semua. Bagi yang sudah membaca entry saya sebelum ini tentang pengenalan program #JomDetoxJutawan, insyAllah kali ini saya akan kongsikan kisah kejayaan peserta detox batch sebelum ni. Apa tunggu lagi, Jom skrol bawah untuk tahu kisah yang bakal mengagumkan anda ! Kurus dan Sihat dengan DETOX! 🙂

KISAH 1

Penat On Off Diet, Cikgu Sekali Detox Turun 5Kg!

Coach Cikgu Farah (Gambar terbaru Tahun 2019)

Bagaimana Cikgu Farah boleh terjebak sertai program Detox Jutawan? Biasalah, kehidupan seorang guru bila mana pagi-pagi dah pergi kantin dan makan nasi dengan pelbagai jenis lauk pauk. Air manis setiap hari. Nak diet tak jadi. On off diet tapi berat tak turun. Baju kurung semua dah tak muat 😦

  • Ini kisah Coach Cikgu Farah. Nama sebenar Norfarah Aini. Umur beliau 30 tahun.
  • Coach Cikgu Farah sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
  • Lepas berpindah ke Semenanjung berat coach makin naik mendadak sehingga mencapai 63kg.
  • Satu hari terbaca Facebook Master Laila anjurkan program Detox Shaklee . Tak fikir panjang Coach Cikgu Farah sertai Program Detox Jutawan. Hasilnya turun berat 5kg sekali detox sahaja!
Jom kita tengok apa perubahan! Gambar Cikgu Farah semasa bulan 12, 2018. WOW Terus nampak lebih muda dari usia sebenar.

KISAH 2

Cubaan Turunkan Berat Badan Temui Kegagalan Berkali-kali

Bukan mudah nak kurangkan berat badan. Orang yang pernah melaluinya sahaja faham. Sampai satu tahap diri kita jadi denial untuk kurus. Kita boleh sebut “gemuk kan bahagia”. Betul ke bahagia tu?

Ini Coach EM. Puan Elly Matin, umur 29 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Bagaimana Puan Elly ni boleh terjebak dengan Program Jom Detox Jutawan?

  • Coach EM pernah Join Detox under Shaklee pada tahun 2016 . Tapi masa tu tak ada support group macam sekarang dan tak ada coach yang akan guide. Berat paling tinggi boleh kurang masa tu cuma 3 kg sahaja. Tak macam sekarang. Record terbaru 10kg dalam masa 13 hari!
  • Alhamdullilah. Nov 2018, Founder Jom Detox Jutawan telah jemput Coach EM  buat detox sama-sama lagi sekali.
  • Ini adalah gambar sebelum Detox nov 2018 dengan berat 84.5kg.
Nov 2018 ,berat badan 84.5 kg

Apa kata Coach EM:

” Mungkin kalau sampai sekarang saya ada alasan tidak mau join detox sebab tidak mampu makan sayur, tidak mampu makan macam orang detox, tidak tahan tidak makan manis, tiada duit beli pakej, tiada masa detox!

Saya tetap dan 100% akan lebih gemuk dari gambar ini.

Syukurlah saya mampu melawan semua alasan di atas! Sebab saya tau, kesihatan kita 80% tergugat dengan kegemukan.

Gemuk atau kurus 1 pilihan. Tiada alasan, saya gemuk sebab bahagia. Sebab perit tau tanggung kesakitan waktu gemuk!

Especially yang mau pregnant! Saya pernah rasa berat 104kg. Seksanya tu hanya saya saja yang tau. Tapi masa tu still cakap “gemuk sebab bahagia”. Walhal ku terseksa.

– Baju susah cari
– kasut dan selipar susah cari
– duduk di kedai makan takut sebab takut kerusi patah
– naik kereta kecil takut sebab takut kereta tu sampai di jalan raya
– badan bebau
– lipatan badan jadi hitam

😢

Kegemukkan adalah 1 mimpi ngeri bagi saya. Saya tidak mahu merasa kegemukan itu untuk kali kedua walaupun saya mengandung ”
-Coach EM

Coach EM dah berjaya dapat berat badan ideal. Extra bonus kulit muka nampak sihat, berseri dan glowing. Alhamdulillah

KISAH 3

Kolesterol Tinggi, Vertigo & Migrin Penolak Untuk Detox

Ini Coach Dekya. Nama sebenar Norazila Mohd Yusoff , berusia 40 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Kini menetap di Johor Bahru. Beliau menghadapi masalah kolestrol tinggi, vertigo dan dalam masa yang sama ada migrain. Penyakit yang agak kronik juga.

” Cholesterol tinggi memang inherited dari parents. Jadi walaupun saya jaga pemakanan “eat clean” sebelum ni, saya tak berjaya turunkan bacaan cholesterol saya.

Ditambah pulak masa tu saya kerap kena vertigo dan migraine”
-Coach Dekya

Coach Dekya sebelum detox Dec 2018. Berat lebih drpd 67kg

Apa kata Coach Dekya?

  • ” Saya mula detect cholesterol tinggi pada tahun 2014 masa buat check up di hospital. Dr Tay (Cardiologist) naik angin sebab bacaan Cholesterol LDL saya 14. Dia pelik sebab umur muda lagi tapi Cholesterol tinggi.
  • Bila check history,
    YES arwah ayah meninggal sebab jantung, ada low blood pressure history.
  • Genetically saya ikut arwah ayah. Jadi, Dr Tay terus minta makan ubat cholesterol for 3 months.
😌
  • After 3 months, another check up, LDL turun kepada 9+.
    Saya stop makan ubat. 
  • Tahun 2015, saya bersalin anak ke-4. After another round of check up, cholesterol saya naik semula kepada 11.
    Saya argue dengan Dr taknak bergantung pada ubat.
  • Dr cabar saya kawal pemakanan, exercise regularly, avoid seafood.
  • Fuh! Sangat susah nak ikut.
  • Saya spent thousands utk beli buah, sayuran.
    Supplement ? Sorry ye takmau makan. Tak suka Makan supplement!
  • Exercise! Langsung tak buat. Alasan = tak ada masa.
  • Dalam seminggu saya makan ponstan 2-3x sebab migraine.
  • Selalu sangat penat dan letih. Once ada symptom ni, saya akan kena Vertigo. End up makan Betaserc atas arahan Dr ”
    -Coach Dekya

Coach Dekya akhirnya sertai Program Detox Jutawan yang menggunakan sepenuhnya supplement Shaklee walaupun pada asalnya menolak supplement.

Salah satu mengapa Coach Dekya teruskan Detox dan berjaya menurunkan bacaan kolesterol sebab dalam Program Detox Sahklee  itu sendiri diberi penekanan mengenai :-

1 – kurangkan pengambilan gula dalam diet harian
2 – amalkan gaya hidup sihat untuk pastikan
3 – Coach memberi tips dan panduan kenapa meal plan dipilih
4 – Pemakanan (high fat) yang sesuai untuk peserta yang mempunyai kolesterol yang tinggi.

Coach Dekya konsisten lakukan pantauan terhadap result detox. Macam mana nak  rendahkan LDL (bad) dan dalam masa yang sama nak tingkatkan HDL (good).

Nak tahu apa hasilnya? Jangan terkejut!

Keputusan Bacaan kolestrol yang superb!

Alhamdulillah.

Info untuk sahabat semua, penyakit jantung dan stroke adalah antara 2 penyakit yang menyumbang kepada data kematian tertinggi di Malaysia kerana cara pemakanan (diet) yang tidak betul dan persekitaran yang tidak sihat.

Menakutkan betul! Ini fakta okay. Sumber daripada GHHS Healthcare.

Hurmm. Tak ada alasan sepatutnya untuk sihat. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Nak tengok gambar terbaru Coach Dekya? Oh yeahh

Weewiit gojes Coach Dekya sekarang! 😉

KISAH 4

Muka Nampak Sakit Walhal Tak Sakit Pun!

Ini adalah Coach Ekin. Nama sebenar Nurul Ashikin. Berumur 29 tahun dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Cantikkan orangnya.

Dahulunya Coach Ekin bekerja. Kemudian resign kerana dah jatuh cinta dengan bisnes shaklee. Sudah berkahwin dan belum dikurniakan anak lagi.

Apa kata Coach Ekin?

  • Dulu saya sangat sibuk dengan kerja.
  • Adakalanya makan entah ke mana, rehat entah ke mana dan pernah sekali tu, stress kerana terlampau banyak kerja, pergi dok menangis bawah meja, kunci pintu bilik office dan tutup lampu.
  • Adakalanya pukul 1 pagi pun saya ada lagi kat office.
  • 8 bulan berlalu, saya mula perasan yang diri saya dah tak terurus.
  • Eye bag makin teruk, wajah tak bermaya, kulit makin kusam dan kalau tak makeup nampak macam orang sakit. 
  • Time makan paling tak terjaga. Siang tak makan sangat, tengah malamlah baru terasa nak makan

Paling tragis, sampai staff tegur. “Kenapa nampak Ekin mcm orang sakit sangat ni?”. Soalan ni, memang buat saya rasa bertambah tertekan. Berat badan pula naik mendadak. Berdiri lama rasa cepat penat padahal bukan tahap obesiti. Kena pulak badan ni naik time sebulan lagi nak khawin. Fuhhh redha jelah time tu
-Puan Ekin

Akhirnya Coach Ekin bertekad untuk kuruskan badan.

Coach Ekin start join Detox Shaklee di bawah Program Detox Jutawan. Batch  Jom Detox 6.0 dan 7.0. Hasilnya Ekin lost 5.5kg dan loss inch 30″. Dahsat! Banyak tu. Bukan senang² nak turun.

Tak ada lagi program lain yang boleh loss inch sebanyak ni dalam masa sebulan. Hanya dengan Program Jom Detox sahaja yang boleh.

Alhamdulillah muka pun dah glowing dan tidak kusam lagi macam sakit

KISAH 5

Resah selepas 5 Tahun Tak Datang Period

Ini kisah terakhir saya kongsikan buat para pembaca. Korang mesti tak percaya tak period hampir 5 tahun lebih terjadi kat Munirah Ramli ini. Jom baca!

Tahun 2016.masa ni tak period lagi.berat 75kg

Macam mana Munirah a.k.a along boleh terjebak untuk detox?

  • Along tak datang period.Pelik sebelum ni along normal. Memang setiap bulan period along lancar.
  • Along dah mula resah. Cerita kat mak,mak kata normal lah kalau lewat sebulan. Masuk 4 bulan tak datang jugak.Along pergi hospital X-ray. Along takut sebab ramai yang cakap bahaya tak datang period.Ada yang cakap nanti ada darah beku kat perut sebab tersumbat.Ada yang kata nanti lama2 jadi kanser.
  • Lepas X-ray doctor sah kan along normal. Along makan ubat untuk datang period tapi tak datang2 jugak.Kira ubat tu tak menjadi lah😢.
  • Makin hari, berganti tahun berat along bertambah. Dari berat 45kg,berat naik mendadak sampai 75kg.Dari saiz S ke saiz XXL😱
  • Sebelum ni pernah gastrik, tekanna darah rendah & migrain. Alhamdulillah semua hilang dengan detox!

Suatu hari ibu@coach Nor Faizah Sulong ajak along join detox. Dengan tunjuk ajar semua coach,hanya 3x join detox period along datang plus along dapat hilangkan berat badan hampir 15kg👏👏👏.

Along bersyukur sangat2 sebab dengan #Jomdetox along kembali sihat plus dapat jana pendapatan melalui program #Jomdetox ni.

Tak cukup lagi 10kg katanya nak turun ! WOW bersemangat beliau nak buang segala toksin dalam badan.

KESIMPULAN

Haa dah baca kan 5 kisah luar biasa peserta/pejuang #JomDetoxJutawan! Amacam? Rasa tercabar tak nak detox jugak?

Kenapa kena join #JomDetox Shaklee Way?

  • Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja – ia tidak menyeluruh.
  • Kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai!
  • Kami bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas system detox tubuh. So menu kita adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan suka suki aje.
  • Contoh detox program diluar sana : hanya tertumpu pada usus aje. padahal organ utama detox kita ada 5!
    Organ Detox : Colon, kidneys, liver, lungs, Skin, lymphatic (Kolon, buah pinggang, hati, paru-paru, kulit, limfa)

Terima Kasih. Boleh tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan. 🙂

2 thoughts on “5 Kisah Benar Kejayaan Peserta Jom Detox Jutawan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s