KURUS tanpa LAPAR dengan Minyak Ikan Omega 3!

Akhir-akhir ni ramai customer Sis Qinah bertanyakan tentang kepentingan minyak Ikan Omega 3 ini. Ada yang tanya manfaat untuk kurus, untuk masalah lutut, untuk ibu hamil, untuk gout dan untuk anak bijak pun ada. Ya lah, asid lemak omega 3 ni kan mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk berikan fungsi normal terhadap tisu-tisu dalam badan kita. Mestilah ramai nak tahu pasal Omega 3 dan berminat nak cuba kan..hik3

Sebelum tu, Sis Qinah nak tanya dulu dah tahu belum apa itu Omega 3??

Omega 3 ini adalah sejenis LEMAK. Haa pulak? Kita ni nak kurus, nak kena makan lemak pulak. Lemak mestilah akan GEMUK kan! Ye betul tu. Tapi……Omega 3 ini lemak yang TIDAK MENGGEMUKKAN.

OK! Apa beza LEMAK dan LEMAK Omega 3 ini??

Bezanya adalah lemak dalam minyak Ikan Omega 3 ni lemak yang sihat. Ia dapat bantu menyokong sel dan tisu dalam organ badan kita berfungsi dengan baik.

Badan kita ni tidak boleh hasilkan Omega 3, jadi kita perlu ambil Omega 3 dalam pemakanan seharian dan juga supplemen.

Kenapa Sis Qinah kata perlu jugak supplemen?

Sebab pemakanan harian kita dari pagi, tengah hari, sampai malam agak SUSAH sangat kita nak cukupkan nutrisi yang diperlukan badan iaitu sebanyak 1000 mg DHA dan EPA. Sangat SUSAH! Tipulah kalau anda kata mampu nak capai 1000 mg dalam sehari. huhu. Lagi-lagi kalau kerja 24-hours tu. Makan pun tak sempat.

Omega 3 mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan manusia tidak kira peringkat umur kerana DHA dan EPA yang terkandung dalam Omega 3 sangat diperlukan oleh setiap orang!

Manfaat OMEGA 3 :

  • Ibu hamil/Ibu Menyusu : Sepanjang kehamilan dari awal trimester digalakkan untuk ambil Omega 3 kerana sangat memberi manfaat kepada bayi yang dikandung. Sel otak bayi dalam kandungan dan bayi newborn akan sentiasa membesar. Jadi, dari dalam kandungan lagi mereka perlu didedahkan dengan DHA & asid lemak Omega 3 kerana akan bantu perkembangan otak, sistem saraf dan mata bayi serta berupaya kurangkan risiko alergi pada bayi. Bayi yang mendapat nutrisi Omega 3 ini akan lebih cerdik dalam pembelajaran apabila besar nanti. Ibu hamil juga akan kurang mengalami tekanan darah tinggi, kuatkan memori ibu, kuatkan sistem imun tubuh ibu,
  • Lelaki dewasa : Golongan lelaki lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung lebih dari wanita. (Statistik di Malaysia : First killer disease yang menyebabkan kematian adalah faktor sakit jantung). Omega 3 akan memberikan tekanan darah yang sihat dan cantik dengan mengurangkan tekanan pada saluran darah dan akan mengurangkan risiko strok dan heart attack. Selain itu, Omega 3 akan menyokong peredaran darah dan DHA dalam darah yang akan meningkatkan HDL (kolestrol baik) dan menrunkan LDL (kolestrol jahat).
  • Warga emas : Orang tua dan sakit lutut dan di bahagian sendi berpisah tiada! Tapi, dengan Omega 3 ini, pergerakan sendi anda akan lebih sihat, kurang rasa kebas dan kejang di bahagian sendi khususnya. Hal ini kerana Omega 3 bertindak melambatkan tulang rawan anda merosot, sebaliknya bantu memberi nutrisi yang cukup untuk peredaran darah termasuklah ke bahagian sendi. Pesakit gout yang kurang cecair di bahagian sendi sehingga haus, mereka perlukan injection untuk masukkan cecair.
  • Pelajar/Orang dewasa : Omega 3 bantu meningkatkan daya keupayaan ingatan dalam otak. Otak akan lebih efektif dan kurang risiko nyanyuk kerana Omega 3 membantu mengurangkan tahap plan pada otak.. Selain itu, Omega 3 akan mengelakkan berat badan anda untuk naik mendadak.

Banyak pilihan minyak ikan di pasaran. Bagaimana nak pilih minyak Ikan yang bagus??

  • Lihat dan periksa brand/ syarikat pengeluaran produk minyak Ikan itu terlebih dahulu. Pilih yang dipercayai dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti dan stabil.
  • Periksa ketulenan dan keselamatan minyak Ikan itu terjamin dan sentiasa dipertingkatkan kualitinya. Tengok di label berapa tahap penyulingan minyak ikan tersebut. Semakin tinggi penyulingan, semakin bagus. Bukan itu sahaja, kena juga pastikan suhu proses pembuatan minyak ikan dijaga dengan baik. Kenapa dua benda ni penting?? Kerana suling itu adalah untuk menapis berat (heavy metal) yang terdapat pada ikan yang kita extract supaya tidak masuk dengan mudah ke dalam badan kita. Suhu perlu dijaga untuk mengurangkan risiko terhasilnya transfact pada minyak ikan tersebut.
  • Periksa dahulu minyak ikan tersebut daripada ikan apa? Ikan kecil atau besar? Minyak Ikan yang diperolehi daripada ikan kecil mempunyai bioaccumulation toksin yang lebih rendah.
  • Pilih brand minyak ikan yang mempunyai kandungan DHA dan EPA yang lebih daripada lemak ikan iaitu sebanyak 85% ke atas.
  • Kapsul minyak ikan adalah halal. Kapsul ni, kekadang ada yang diperbuat daripada Bovine (sapi) dan ada juga daripada Porcine (Bab*), yang porcine tu confirm haram la kan, tapi yang Bovine kena pastikan ianya halal. So sebelum beli, check dulu suplemen tu halal or tidak melalui logo atau Sijil Halal yang dikeluarkan daripada negara pengeluar.

Ok. Ada 5 tips Sis Qinah kongsikan. So lepas ni boleh lah shopping minyak ikan pilihan hati memasing untuk mendapat manfaat Omega 3 ni.

Ada satu Minyak Ikan Omega 3 ni yang menjadi pilihan sis. Alhamdulillah serasi dengan supplemen yang satu ni dan menpati ciri-ciri minyak ikan berkualiti seperti yang dikongsikan di atas.

Iaitu adalah tak lain tak bukan, Omega Guard dari SHAKLEE!!

Omega Guard SHAKLEE

Ikuti kisah Puan Norita yang menggunakan Omega Guard untuk menurunkan berat badan, salah seorang pelanggannya mengatakan yang Lecithin lambat kesan kepadanya dan ingin mengambil Omega. Hasilnya sangat mengagumkan. Oh, Lecithin juga berfungsi sebagai pengemulsi lemak yea..

 TESTIMONI PENGGUNABerat badan turun dengan Omega Guard Shaklee
“Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch…..sepanjang petang sehingga malam saya rasa sangat dahaga , hanya  ALLAH sahaja yang tahu. Air botol 1.5 liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmmm memang pelik. Hari pertama lupa makan buah… so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengahari cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ni, so saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.


Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated..kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari. Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila daptkan alfalfa dan herb lax untuk proses detoks yang best!

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung kepada suplemen semata-mata, kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang. “

Kredit : AnakkuWiraku

Jadi, jom jaga kesihatan keluarga kita dengan Omega Guard SHAKLEE!

Lots of Love,

Sis Qinah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus

Hubungi sis di talian SINI